KANGAR, 6 OKT: Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan atau terpedaya dengan niat jahat pihak tidak bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pegawai awam supaya tidak membuat sebarang pernyataan awam termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh pihak kementerian atau jabatan.
KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Aplikasi Telegram antara 16 medium komunikasi utama yang kerap digunakan bagi penipuan pelaburan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
KULAI, 1 SEPT: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan tatacara operasi piawai (SOP) melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahukan platform media sosial supaya meletakkan notis ‘Kecerdasan Buatan (AI)’ dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik di platform masing-masing bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.
KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Peraturan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet yang bakal diperkenal oleh kerajaan adalah bertujuan mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.
PUTRAJAYA, 15 JULAI: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melontarkan komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 7 JULAI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.
SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 27 pempengaruh media sosial ditahan polis semalam berikutan disyaki bersubahat dengan sindiket perjudian untuk mempromosi kegiatan itu dalam talian.
KUALA LUMPUR, 17 MEI: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital kerajaan ketika ini.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Polis giat mengesan pemilik akaun media sosial didakwa menyebarkan kebencian menyasarkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan, susulan serangan terhadap pemain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Akses terlalu mudah kepada media sosial terutamanya kandungan berunsur seks adalah antara penyebab masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak masa kini.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun media sosial X atas nama Saifuddin Shafik yang mengeluarkan komentar jelik berhubung tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.
KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.
KULAI, 7 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.
CYBERJAYA, 3 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian (online).
PUTRAJAYA, 29 MAC: Sebanyak 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
KUALA LUMPUR, 24 MAC: Orang ramai diminta menghentikan perbuatan menghina agama di platform media sosial bagi mengelak suasana yang tidak baik dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
IPOH, 18 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan para guru menghasilkan kandungan di media sosial yang memberi manfaat, tidak melanggar garis panduan ditetapkan dan beretika.
SHAH ALAM, 13 MAC: Kerajaan ketika ini tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial, kata Menteri Komunikasi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.